Tuesday 20 May 2014

Data

Perwakilan Data Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer ... thumbnail 1 summary
Perwakilan Data

Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor ( bahasa mesin ).

Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan( binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.

i. Bit

  • Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam bahasa asas dua sebagai "1" atau "0". 
  • Unit data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah komputer. Bit adalah singkatan bagi perkataan binary digit. 
  • Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili sistem binari. Ia akan mewakili arahan on dan offtrue dan false atau yes dan no
ii. Bait
  • Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait bersamaan dengan 8 bit. Bait mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1. 
  • Satu bait mewakili satu aksara tunggal.
iii. Aksara
  • Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer. 

 Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara. 

  • Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binari. ( binary system
  • Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. 
  • Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait       (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan. 
  • Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama. 
  • Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. 
  • Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain. 
1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)

1 Byte = 8 bit

8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC

16 Bit = 1 aksara UNICODE

Ukuran Data

Apa itu data Data ialah item-item yang dimasukkan dalam unit sistem komputer. Ia dikelaskan kepada i. imej ii. teks iii. audio iv. vid... thumbnail 1 summary
Apa itu data

Data ialah item-item yang dimasukkan dalam unit sistem komputer. Ia dikelaskan kepada
i. imej
ii. teks
iii. audio
iv. video

Kiraan

 1 Kilo Byte (KB) berapa Byte ?!,
1 Mega Byte (Mb) berapa Kilo Byte (KB) ?!,
 1 Giga Byte (GB) berapa Mega Byte (MB) ?!
 1 Tera Byte berapa Giga Bite (GB) ?! adakah ukuran file di atas Tera Byte ?!
 Satuan ukuran file apa yang paling besar ?

TERAbait,  GIGA bait, MEGA bait, KILO bait, 

Ukuran fail memiliki tingkat yang beragam, seperti layaknya ukuran panjang. Namun dalam ukuran fail tidak memiliki nilai yang mudah seperti di ukuran panjang. 

Contoh panjang 1 Meter sama dengan 100 CM,
 1 Kilometer sama dengan 1000 M. Ukuran panjang memiliki nilai yang bulat. Tetapi berbeza dengan ukuran fail.

Inilah Satu  Ukuran Fail  Yang  Lengkap:
  • Kilo Byte (KB) = 1,024 Byte
  • Mega Byte (MB) = 1 ,048,576 Byte sama dengan 1,024 Kilo Byte (KB)
  • Giga Byte (GB) = 1,073,741,824 Byte sama dengan 1,024 Mega Byte (MB)
  • Tera Byte (TB) = 1,099,51 1,627,776 Byte sama dengan 1,024 Giga Byte (GB)
  • Peta Byte (PB) = 1,125,899,906,842,624 Byte sama dengan 1,024 Tera Byte (TB)
  • Exa Byte (EB) = 1,152,921,504,606,846,976 Byte sama dengan 1,024 Peta Byte (PB)
  • Zetta Byte (ZB) = 1,180,591,620,717,411,303,424 Byte sama dengan 1,024 Exa Byte (EB)
  • Yotta Byte (YB) = 1,208,925,819,614,629,174,706,l76 Byte sama dengan 1,024 Zetta Byte (ZB)


Komputer hanya memahami data dalam bentuk ON (1) dan OFF (0) sahaja.
Jutaan kombinasi 0 dan 1 inilah yang membolehkan komputer beroperasi.  
Setelah data diproses, ia akan di tukar kembali kebentuk yang di fahami oleh pengguna dan dipaparkan sebagai output sama ada pada pencetak, monitor atau skrin.