Thursday 8 May 2014

Perisian Komputer

Terdapat 3 jenis yang terdapat pada perisian komputer iaitu: 1. Sistem Pengendalian 2.Perisian Aplikasi 3. Program Utiliti Sistem Pen... thumbnail 1 summary
Terdapat 3 jenis yang terdapat pada perisian komputer iaitu:

1. Sistem Pengendalian
2.Perisian Aplikasi
3. Program Utiliti


Sistem Pengendalian

Dalam bidang perkomputeran, Sistem Pengendalian (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan, dan pelayar web.

Secara am, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang (install).

Contoh sistem pengendalian

Unix - Solaris, AIX, HP-UX, SCO
Mac OS
DOS
Windows
Linux - Debian, Redhat, Mandrake (Mandriva), Slackware, Gentoo, Suse
BeOS
OS/2

No comments

Post a Comment