Thursday 8 May 2014

Perisian Komputer

Terdapat 3 jenis yang terdapat pada perisian komputer iaitu: 1. Sistem Pengendalian 2.Perisian Aplikasi 3. Program Utiliti Sistem Pen... thumbnail 1 summary
Terdapat 3 jenis yang terdapat pada perisian komputer iaitu:

1. Sistem Pengendalian
2.Perisian Aplikasi
3. Program Utiliti


Sistem Pengendalian

Dalam bidang perkomputeran, Sistem Pengendalian (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan, dan pelayar web.

Secara am, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang (install).

Contoh sistem pengendalian

Unix - Solaris, AIX, HP-UX, SCO
Mac OS
DOS
Windows
Linux - Debian, Redhat, Mandrake (Mandriva), Slackware, Gentoo, Suse
BeOS
OS/2

Jenis-jenis Komputer

Terdapat beberapa jenis komputer. Antaranya 1. Komputer Atas Meja (Desktop) 2. Komputer Riba ( Laptop) 3. Komputer Tangan (Hand Set) 4.... thumbnail 1 summary
Terdapat beberapa jenis komputer. Antaranya

1. Komputer Atas Meja (Desktop)
2. Komputer Riba ( Laptop)
3. Komputer Tangan (Hand Set)
4. Komputer Benam
5. Komputer Tablet
6. Komputer Pelayan (Server)


Sejarah Komputer

Sejarah komputer Sejarah bermulanya perkembangan dunia komputer apabila proses pengiraan itu wujud dalam aktiviti seharian manusia dari pe... thumbnail 1 summary
Sejarah komputer

Sejarah bermulanya perkembangan dunia komputer apabila proses pengiraan itu wujud dalam aktiviti seharian manusia dari pengunaan jari manusia sehinggalah kepada alat mengira,maka terciptalah alat yang mampu melaksanakan asas pengiraan iaitu tambah, tolak dan darab. Sejarah perkembangan komputer sebenarnya telah lama bermula sejak tahun 1940 lagi dan ianya terbahagi kepada empat generasi komputer:

Generasi Pertama-Tub hampagas ( 1942 - 1958 )


1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah. 

Generasi Kedua-Transistor (1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.

Generasi Ketiga-Litar Elektrik (1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Generasi Keempat (1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory
( CD ROM )).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.

Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)

1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.


DUNIA KOMPUTER

MAKSUD  KOMPUTER?  Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan di... thumbnail 1 summary
MAKSUD  KOMPUTER?

 Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dll(output)

Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer

Pengenalan

Semoga mendapat manafaat daripada blog ini. TMK telah diajadikan subjek KSSR Tahun 4 mulai tahun 2014/ thumbnail 1 summary
Semoga mendapat manafaat daripada blog ini.

TMK telah diajadikan subjek KSSR Tahun 4 mulai tahun 2014/