Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor ( bahasa mesin ).
Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan( binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.
i. Bit
- Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam bahasa asas dua sebagai "1" atau "0".
- Unit data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah komputer. Bit adalah singkatan bagi perkataan binary digit.
- Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili sistem binari. Ia akan mewakili arahan on dan off, true dan false atau yes dan no.
ii. Bait
- Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait bersamaan dengan 8 bit. Bait mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1.
- Satu bait mewakili satu aksara tunggal.
iii. Aksara
- Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer.
Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.
- Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binari. ( binary system
- Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer.
- Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan.
- Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama.
- Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun.
- Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain.
1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)
1 Byte = 8 bit
8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC
16 Bit = 1 aksara UNICODE